BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, 25 October 2011

kanser hati

PENGENALAN

Kanser yang bermula di dalam hati dipanggil kanser hati primer. Pada tahun 2000, kira-kira 1223 kes telah didiagnosis di Malaysia. Ia lebih lazim menyerang lelaki Cina. Walau bagaimanapun, adalah lazim bagi kanser untuk merebak ke hati daripada kolon, paru-paru, buah dada atau bahagian-bahagian lain tubuh. Apabila ini berlaku, penyakit ini bukannya kanser hati.
 Kanser di dalam hati ini merupakan kanser sekunder. Ia dinamakan mengikut organ atau tisu di mana ia bermula.
Maklumat ini hanyalah tentang kanser yang bermula di dalam hati. Ia bukannya tentang kanser yang merebak ke hati daripada bahagian-bahagian lain tubuh.


Hati

Hati merupakan organ yang terbesar di dalam tubuh. Ia terletak di belakang tulang rusuk pada bahagian kanan abdomen. Hati  mempunyai dua bahagian iaitu :
Ø  lobus di sebelah kanan dan
Ø  suatu lagi lobus yang lebih kecil di sebelah kiri.

Hati menjalankan banyak fungsi yang penting yang mengekalkan kesihatan seseorang. Ia mengasingkan bahan yang memudaratkan daripada darah. Ia menghasilkan enzim dan hempedu yang membantu menghadamkan makanan. Ia juga menukarkan makanan menjadi bahan-bahan yang diperlukan untuk hidup dan membesar.
            Hati mendapat bekalan darahnya daripada dua salur. Kebanyakan daripada darahnya disalurkan oleh vena portal hepatik.  Yang lainnya disalurkan oleh arteri hepatik.
Memahami kanser

          Kanser merupakan suatu kumpulan beberapa penyakit yang berkaitan. Semua kanser bermula di dalam sel-sel, unit asas kehidupan di dalam tubuh kita. Sel-sel membentuk tisu-tisu, dan tisu-tisu membentuk organ-organ tubuh. Lazimnya, sel-sel akan membesar dan membahagi untuk membentuk sel-sel baru apabila tubuh memerlukan sel-sel itu. Apabila sel-sel menjadi tua dan mati, sel-sel baru akan mengambil alih tempat mereka. Kadang-kala berlaku kesilapan pada proses yang teratur ini. Sel-sel baru terbentuk apabila tubuh tidak memerlukan, dan sel-sel tua tidak mati apabila sepatutnya. Sel-sel lebihan ini akan membentuk suatu gumpalan tisu-tisu yang dipanggil ketumbuhan atau tumor. Tumor boleh jadi benigna atau malignan.
*       Tumor-tumor benigna bukan kanser. Biasanya, para doktor boleh mengeluarkannya. Sel-sel daripada tumor benigna tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Di dalam kebanyakan kes, tumor benigna tidak akan terbentuk lagi setelah ianya dibuang. Paling penting, tumor benigna jarang mengancam nyawa. 
*       Tumor-tumor malignan adalah kanser. Tumor ini secara amnya lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa. Sel-sel kanser akan menceroboh dan merosakkan tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran. Juga, sel-sel kanser boleh terpisah dari tumor malignan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa. Beginilah cara sel-sel kanser merebak daripada tumor asal (tumor primer) untuk membentuk tumor-tumor baru (tumor sekunder) di dalam organ lain.  Kanser yang merebak ini dikatakan sudah metatesis. Jenis-jenis kanser yang berlainan selalunya akan merebak ke bahagian-bahagian tubuh  yang berlainan.
          Kebanyakan kanser-hati primer bermula di dalam hepatosit (sel-sel hati). Kanser jenis ini dipanggil karsinoma hepatosel atau hepatoma malignan. Kanak-kanak mungkin mendapat  karsinoma hepatosel atau hepatoblastoma. Maklumat ini tidak mengulas kanser hati kanak-kanak.
Apabila kanser hati merebak (metatesis) ke bahagian luar hati, sel-sel kanser cenderung untuk merebak ke dalam nodus-nodus limfa yang berhampiran dan ke dalam tulang dan  paru-paru. Apabila ini berlaku, tumor  baru mempunyai jenis sel-sel abnormal yang sama seperti tumor primer. Contohnya, jika kanser hati merebak ke tulang, sel-sel kanser di dalam tulang sebenarnya ialah sel-sel kanser hati. Penyakit ini merupakan kanser hati metastetik, bukannya kanser tulang. Ia dirawat sebagai kanser hati, bukannya kanser tulang. Begitu juga, kanser yang merebak ke hati daripada suatu bahagian tubuh yang lain adalah berbeza daripada kanser hati primer. Sel-sel kanser di dalam hati adalah sama dengan sel-sel di dalam tumor asal. Apabila kanser merebak ke hati daripada organ yang lain (seperti kolon, paru-paru atau buah ubat), doktor mungkin akan memanggil tumor di dalam hati itu tumor sekunder.
Kanser Hati: individu yang berisiko

          Para penyelidik di hospital-hospital dan pusat-pusat perubatan di seluruh dunia sedang mengkaji untuk mempelajari punca-punca kanser hati. Buat masa ini, tiada siapa mengetahui dengan tepat punca-puncanya.  Walau bagaimanapun, para ahli sains telah mendapati bahawa orang-orang yang mempunyai faktor-faktor risiko yang tertentu lebih cenderung mendapat kanser hati berbanding dengan yang lain. Faktor risiko ialah apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang menghidapi sesuatu penyakit.
Kajian telah menunjukkan faktor-faktor risiko yang berikut:
§  Jangkitan hati kronik (hepatitis) -- Sesetengah virus boleh menjejaskan hati. Jangkitan ini mungkin kronik (Ia mungkin tidak boleh disembuhkan). Faktor risiko yang paling penting bagi kanser hati ialah jangkitan kronik virus hepatitis B atau  hepatitis C. Virus-virus ini boleh dijangkiti daripada seorang kepada  seorang yang lain melalui darah (seperti berkongsi jarum) atau hubungan seksual. Seorang bayi mungkin menjangkiti virus ini daripada ibunya yang telah dijangkiti. Kanser hati boleh timbul selepas bertahun-tahun dijangkiti virus ini. Jangkitan-jangkitan ini mungkin tidak menimbulkan gejala-gejala, tetapi ujian darah dapat menunjukkan kehadiran virus ini. Jika ada, doktor mungkin mencadangkan rawatan. Juga, doktor mungkin akan membincangkan cara mencegah jangkitan kepada orang lain. 
Pada orang yang belum dijangkiti virus hepatitis B, vaksin hepatitis B dapat mencegah jangkitan hepatitis B kronik dan melindungi daripada kanser hati. Para penyelidik kini sedang berusaha untuk menghasilkan suatu vaksin untuk mencegah jangkitan hepatitis C.
§  Sirosis-- Sirosis ialah suatu penyakit yang timbul apabila sel-sel hati menjadi rosak dan diganti dengan tisu parut. Mengambil terlalu banyak minuman beralkohol, ubat dan bahan kimia tertentu, dan beberapa virus atau parasit tertentu mungkin menyebabkan sirosis. Kira-kira 5 peratus orang yang mengalami sirosis mendapat kanser hati.
§  Aflatoksin-- Kanser hati boleh berpunca daripada aflatoksin, suatu bahan yangberbahaya yang dihasilkan  oleh jenis-jenis kulat yang tertentu. Aflatoksin boleh terbentuk pada kacang tanah, jagung, dan kacang dan bijirin yang lain. Di Asia dan Afrika, kontaminasi aflatoksin merupakan suatu masalah. 
§  Golongan lelaki -- Orang lelaki berisiko lebih dua kali ganda mendapat kanser hati berbanding wanita.
§  Sejarah keluarga -- Orang yang mempunyai ahli-ahli keluarga yang menghidapi kanser hati mungkin lebih cenderung mendapat penyakit ini.
§  Usia – kanser-kanser hati lebih selalu dialami orang-orang yang berusia melebihi 60 tahun berbanding dengan yang lebih muda.
Lebih banyak faktor-faktor risiko yang seseorang itu ada, lebih tinggi peluangnya mendapat kanser hati. Walau bagaimanapun, ramai orang yang mempunyai faktor-faktor risiko yang  diketahui tidak mendapat penyakit ini. Orang yang berasa ragu mereka mungkin berisiko mendapat kanser hati harus membincangkan keraguan ini dengan doktor mereka. Doktor itu mungkin akan merancang suatu jadual bagi pemeriksaan.
Gejala-gejala

          Kanser hati kadang-kala dipanggil "penyakit yang senyap" kerana pada peringkat awal kanser ini tidak menimbulkan sebarang gejala. Tetapi, apabila kanser mulai membesar, gejala-gejala mungkin termasuk:

·         Kesakitan pada bahagian atas abdomen di sebelah kanan; kesakitan mungkin menular ke bahagian belakang dan bahu
·         Abdomen yang bengkak (kembung)
·         Turun berat badan
·         Hilang selera dan sentiasa berasa kenyang
·         Rasa lemah atau sangat letih
·         Loya dan muntah-muntah
·         Kulit dan mata yang kuning, dan kencing yang gelap akibat jaundis
·         Demam
          Gejala-gejala ini bukan tanda-tanda kanser hati yang pasti. Lain-lain penyakit hati dan masalah kesihatan yang lain boleh juga menyebabkan gejala-gejala ini. Sesiapa yang mempunyai gejala-gejala tersebut harus berjumpa doktor secepat mungkin. Hanya doktor sahaja boleh mendiagnosis dan merawat masalah ini.
DIAGNOSIS
          Jika seseorang pesakit mempunyai gejala-gejala yang menunjukkan kanser hati, doktor akan melakukan satu atau lebih prosedur-prosedur berikut:

©       Pemeriksaan fizikal -- Doktor itu akan meraba abdomen untuk memeriksa hati, limpa dan organ-organ yang berhampiran jika ada gumpalannya atau perubahan pada bentuk dan saiz. Doktor juga mengesan asites, peningkatan cecair yang abnormal di dalam abdomen. Doktor itu mungkin juga memeriksa kulit dan mata bagi tanda-tanda penyakit kuning.
©       Ujian-ujian darah  -- Banyak ujian darah akan dilakukan untuk mengesan masalah-masalah hati. Suatu ujian darah mengesan alfa-fetoprotein (AFP). Tahap AFP yang tinggi boleh jadi suatu tanda kanser hati. Ujian-ujian lain boleh menunjukkan hati berfungsi dengan baik.
©       Skan CT -- Suatu mesin x-ray yang bersambung kepada suatu komputer akan mengambil suatu siri gambar-gambar hati dan organ-organ lain dan salur-salur darah di dalam abdomen secara terperinci. Pesakit mungkin akan menerima suntikan sejenis pewarna yang khas supaya hati boleh dilihat dengan jelas di dalam gambar-gambar tersebut. Daripada skan CT, doktor mungkin boleh melihat tumor-tumor di dalam hati atau di bahagian-bahagian lain
©       Ultrabunyi-- Alat ultrabunyi menggunakan gelombang bunyi yang tidak dapat didengari oleh manusia. Gelombang-gelombang bunyi ini akan menghasilkan suatu corak gema-gema apabila gelombang-gelombang tersebut terpantul daripada organ-organ dalaman. Gema-gema ini akan membentuk suatu gambar (sonogram) hati dan organ-organ lain di dalam abdomen. Tumor-tumor mungkin menghasilkan gema-gema yang berlainan daripada yang dihasilkan oleh tisu-tisu yang sihat.
©       MRI-- Suatu magnet yang kuat yang bersambung kepada suatu komputer digunakan untuk membentuk gambar-gambar bahagian dalam tubuh. Gambar-gambar ini dilihat pada monitor dan boleh juga dicetak.
©       Angiogram-- Bagi suatu  angiogram, pesakit mungkin berada di hospital dan diberikan ubat bius. Doktor akan menyuntik suatu pewarna ke dalam arteri supaya salur-salur darah di dalam hati akan kelihatan pada x-ray. Angiogram akan menunjukkan tumor di dalam hati.
©       Biopsi-- Di dalam sesetengah kes, doktor mungkin mengambil suatu sampel tisu. Seorang pakar patologi menggunakan mikroskop untuk mengesan sel-sel kanser di dalam tisu tersebut. Doktor itu mungkin mendapatkan tisu dengan beberapa cara. Satu cara ialah dengan memasukkan suatu jarum halus ke dalam hati untuk mengambil secebis kecil tisu. Kaedah ini dinamakan aspirasi jarum halus. Doktor mungkin menggunakan skan CT atau ultrabunyi untuk memandu jarum tersebut. Kadang-kala, doktor tersebut akan mendapatkan suatu sampel tisu menggunakan jarum yang agak besar (biopsi teras) atau dengan memasukkan tiub halus yang berlampu (laparaskop) ke dalam suatu potongan di dalam abdomen. Satu cara lagi ialah mengambil tisu melalui pembedahan.
          Seseorang pesakit yang perlukan biopsi mungkin ingin bertanya kepada doktor soalan-soalan berikut:
·          Mengapa saya perlukan biopsi? Bagaimanakah biopsi ini akan memberi kesan ke atas rancangan rawatan saya?
·          Biopsi jenis apakah yang akan saya jalani?
·          Adakah terdapat risiko yang prosedur biopsi akan menyebabkan kanser merebak?
·          Berapa lama masa yang diambil? Adakah saya di dalam keadaan sedar? Adakah ia menyakitkan?
·          Bilakah keputusannya akan saya ketahui?
·          Jika benar saya menghidapi kanser, siapakah yang akan berbincang dengan saya tentang rawatan? Bila?
PERINGKAT – PERINGKAT KANSER

          Jika kanser hati  telah didiagnosis, doktor perlu tahu peringkat, atau tahap, penyakit tersebut untuk merancang rawatan yang terbaik. Pemeringkatan ialah suatu usaha untuk mengetahui saiz tumor, sama ada tumor telah merebak,dan jika benar, ke bahagian-bahagian  tubuh yang mana. Pemeringkatan yang teliti menunjukkan sama ada tumor boleh diambil keluar melalui pembedahan. Perkara ini sangat mustahak kerana  kanser hati tidak boleh diambil keluar melalui pembedahan.
           Doktor boleh memastikan peringkat kanser hati semasa diagnosis itu dibuat, atau mungkin pesakit terpaksa menjalani lebih banyak ujian.  Ujian-ujian tersebut mungkin termasuk ujian-ujian pengimbasan seperti skan CT, MRI, angiogram atau ultrabunyi. Ujian-ujian pengimbasan boleh membantu doktor mengesan sama ada kanser hati telah merebak. Doktor mungkin menggunakan suatu laparoskop untuk melihat secara terus ke dalam hati atau organ-organ yang berhampiran.
RAWATAN
          Ramai orang yang menghidapi kanser hati mahu memainkan peranan aktif  di dalam membuat keputusan tentang penjagaan perubatan mereka. Mereka mahu mempelajari segala-gala yang boleh tentang penyakit mereka dan pilihan-pilihan rawatan mereka.  Walau bagaimanapun, rasa terkejut dan tertekan  yang pesakit alami setelah didiagnosis dengan kanser, membuatkan para pesakit sukar memikirkan semua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor.
          Selalunya, adalah berfaedah untuk membuat suatu senarai soalan-soalan sebelum suatu temu janji. Untuk mengingati apa yang telah dinyatakan oleh doktor, mereka boleh mengambil nota atau mintalah izin untuk menggunakan pita rakaman. Sesetengah pesakit juga lebih suka ditemani seorang ahli keluarga atau kawan semasa mereka berbincang dengan doktor - untuk mengambil bahagian di dalam perbincangan, mengambil nota atau hanya untuk mendengar.
Buat masa ini, kanser hati hanya boleh disembuhkan hanya apabila ia dikesan pada peringkat yang awal (sebelum ia merebak) dan hanya jika pesakit itu cukup sihat untuk menjalani pembedahan. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan selain pembedahan mungkin dapat mengawal penyakit ini dan membantu pesakit hidup lebih lama dan berasa lebih sihat.

Apabila penyembuhan atau pengawalan bagi penyakit ini tidak mungkin dapat dilakukan, sesetengah pesakit dan doktor mereka memilih terapi  paliatif. Terapi  paliatif bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang dengan mengawal kesakitan dan lain-lain masalah yang berpunca daripada penyakit ini.
Doktor itu akan merujuk pesakit kepada doktor-doktor lain yang mahir di dalam merawat kanser, atau pesakit mungkin meminta rujukan itu. Pakar-pakar yang merawat kanser hati termasuk pakar bedah, pakar bedah transplan, pakar gastroenterologi, pakar onkologi perubatan, dan  pakar onkologi sinaran.
Memperoleh  pendapat pakar yang  lain
Sebelum memulakan rawatan, seseorang pesakit mungkin ingin memperoleh pendapat yang lain tentang diagnosis, peringkat kanser, dan rancangan rawatan. Terdapat beberapa cara untuk mencari seorang doktor yang boleh memberi pendapat mereka: 
Pilihan-pilihan rawatan

          Doktor boleh menerangkan pilihan-pilihan rawatan dan membincangkan keputusan yang dijangkakan daripada setiap opsyen rawatan. Doktor dan pesakit boleh bekerjasama untuk membentuk suatu rancangan rawatan yang dapat memenuhi keperluan pesakit.

          Kanser hati adalah sukar dikawal dengan rawatan yang sedia ada kini. Oleh sebab ini, ramai doktor menggalakkan pesakit kanser hati mempertimbangkan mengambil bahagian di dalam percubaan klinikal. Percubaan klinikal merupakan kajian penyelidikan yang menguji rawatan-rawatan baru. Ia merupakan opsyen yang penting bagi orang-orang yang menghidapi semua peringkat kanser hati.
          Pilihan rawatan bergantung kepada keadaan hati; bilangan, saiz dan kedudukan tumor; dan sama ada kanser telah merebak ke luar hati. Faktor-faktor lain yang perlu diambil kira ialah umur pesakit, keadaan kesihatan, keraguan tentang rawatan dan kesan-kesan sampingannya yang mungkin, dan nilai-nilai peribadi.
          Selalunya, faktor yang paling penting ialah peringkat penyakit. Peringkat ini ialah berdasarkan saiz tumor, keadaan hati, dan sama ada kanser telah merebak. Yang berikut merupakan keterangan ringkas tentang peringkat-peringkat kanser hati dan rawatan-rawatan yang paling selalu digunakan bagi setiap peringkat. Bagi sesetengah pesakit, rawatan-rawatan lain mungkin sesuai.
Kanser yang disetempatkan yang  dapat diresek (Localised resectable cancer)

          Kanser hati yang disetempatkan yang  dapat diresek ialah kanser yang dapat diambil keluar secara pembedahan. Tidak terdapat bukti yang kanser itu telah merebak ke nodus limfa yang berhampiran atau bahagian-bahagian lain tubuh.  Ujian-ujian makmal menunjukkan yang hati itu berfungsi dengan baik.

          Pembedahan untuk mengambil keluar sebahagian daripada hati dipanggil hepatektomi. Tahap pembedahan bergantung kepada saiz, bilangan dan kedudukan tumor. Ia juga bergantung kepada bagaimana hati berfungsi. Doktor itu mungkin mengambil keluar secebis tisu yang mengandungi tumor hati, keseluruhan lobus, atau bahagian hati yang lebih besar.


          Di dalam hepatektomi separa, pakar bedah meninggalkan sebahagian kecil tisu hati yang normal. Tisu yang masih ada ini akan mengambil alih fungsi hati.
          Bagi sebilangan kecil pesakit, transplan hati mungkin suatu opsyen. Bagi prosedur ini, pakar bedah transplan mengambil keluar keseluruhan hati pesakit (hepatektomi total) dan menggantikannya dengan suatu hati yang sihat daripada seorang penderma. Transplan hati merupakan suatu pilihan hanya jika penyakit ini belum merebak ke luar hati dan hanya jika hati yang sesuai diterima daripada  seorang penderma. Sambil pesakit menunggu untuk memperoleh hati yang didermakan, pasukan penjaga kesihatan akan mengawasi kesihatan pesakit dan memberikan rawatan-rawatan lain  apabila perlu.
Kanser yang disetempatkan yang tidak dapat diresek (Localised unresectable cancer)
          Kanser hati yang disetempatkan yang tidak dapat diresek ialah kanser yang tidak dapat diambil keluar secara pembedahan walaupun ia belum lagi merebak ke nodus limfa berhampiran atau bahagian-bahagian lain yang jauh di dalam tubuh. Pembedahan untuk mengambil keluar tumor tidak boleh dilakukan kerana sirosis (atau keadaan lain yang menyebabkan fungsi hati yang tidak lancar), kedudukan tumor di dalam hati, dan lain-lain masalah kesihatan.
          Pesakit yang mengalami kanser hati yang disetempatkan yang tidak dapat diresek mungkin menerima rawatan-rawatan lain untuk mengawal penyakit dan memanjangkan umur:
§  Ablasi  frekuensi radio -- Doktor menggunakan suatu kuar yang khas untuk membunuh sel-sel kanser dengan bahang. Kuar ini mengandungi elektrod-elektrod yang kecil yang membinasakan sel-sel kanser. Kadang-kala, doktor boleh memasukkan kuar itu secara terus melalui kulit. Hanya anestetik setempat diperlukan. Di dalam kes-kes lain, doktor mungkin memasukkan kuar itu melalui suatu potongan di dalam abdomen atau mungkin membuat potongan yang lebih lebar untuk membuka abdomen. Prosedur-prosedur ini dilakukan di hospital menggunakan anestetik am.
§  Terapi -terapi  lain yang menggunakan bahang untuk membinasakan tumor hati termasuk terapi  laser dan terapi  gelombang mikro.
§  Suntikan  perkutaneus etanol -- Doktor akan menyuntik alkohol (etanol) secara terus ke dalam tumor hati untuk membunuh sel-sel kanser. Doktor itu menggunakan ultrabunyi untuk memandu suatu jarum yang halus. Prosedur ini boleh dilakukan sekali atau dua kali seminggu. Selalunya anestetik setempat digunakan, tetapi jika pesakit mempunyai banyak tumor di dalam hatinya, anestetik am mungkin diperlukan.
§  Kriosurgeri-- Doktor membuat suatu potongan ke dalam abdomen dan memasukkan suatu kuar logam untuk menyejukbekukan dan membunuh sel-sel kanser. Doktor mungkin menggunakan ultrabunyi untuk membantu memandu  kuar itu.


§  Infusi arteri hepatik -- Doktor memasukkan suatu tiub (keteter) ke dalam arteri hepatik, arteri utama yang membekal darah ke hati. Doktor itu kemudiannya menyuntik suatu ubat antikanser ke dalam keteter itu. Ubat itu mengalir ke dalam salur-salur darah yang memasuki tumor. Oleh sebab hanya sedikit sahaja ubat sampai ke bahagian lain tubuh, ubat itu sebahagian besarnya menjejaskan sel-sel di dalam hati sahaja. Infusi arteri hepatik juga boleh dilakukan dengan suatu pam yang kecil. Doktor memasukkan pam sebagai implan ke dalam tubuh semasa pembedahan. Pam ini akan berterusan menghantar ubat ke hati.
§  Kemoembolisasi-- Doktor memasukkan suatu keteter yang halus ke dalam suatu arteri di dalam kaki. Dengan menggunakan x-ray sebagai panduan, doktor menggerakkan keteter ke dalam arteri hepatik. Doktor menyuntikkan suatu ubat antikanser ke dalam arteri dan kemudian menggunakan partikel-partikel halus untuk menyekat pengaliran darah melalui arteri. Tanpa pengaliran darah, ubat berada di dalam hati lebih lama. Bergantung kepada jenis partikel yang digunakan, sekatan ini boleh jadi sementara atau kekal. Walaupun arteri hepatik disekat, tisu hati yang sihat masih menerima darah daripada vena portal hepatik yang membawa darah dari perut ke usus. Kemoembolisasi memerlukan pesakit tinggal di hospital.
§  Hepatektomi sepenuhnya bersama transplan hati  -- Jika kanser hati yang disetempatkan tidak dapat diresek oleh sebab fungsi hati yang lemah, sesetengah pesakit mungkin dapat menjalani transplan hati. Sambil pesakit menunggu untuk memperoleh hati yang didermakan, pasukan penjaga kesihatan akan mengawasi kesihatan pesakit dan memberikan rawatan-rawatan lain apabila perlu.
Kanser yang telah lanjut
          Kanser yang telah lanjut ialah kanser yang dikesan di dalam kedua-dua lobus atau yang telah merebak ke bahagian-bahagian lain tubuh. Walaupun kanser lanjutan tidak boleh disembuhkan, sesetengah pesakit menerima terapi  antikanser di dalam usaha untuk melambatkan perkembangan penyakit ini.
 Pesakit yang lain pula membincangkan faedah-faedah dan kesan-kesan sampingan yang mungkin dan membuat keputusan bahawa mereka tidak mahu menerima terapi  antikanser. Di dalam kedua-dua kes, pesakit menerima penjagaan paliatif untuk melegakan kesakitan dan mengawal gejala-gejala.
          Rawatan bagi kanser hati yang telah lanjut mungkin melibatkan kemoterapi, terapi  sinaran atau kedua-duanya.
Ø  Kemoterapi  menggunakan ubat-ubat untuk membunuh sel-sel kanser. Pesakit mungkin menerima satu ubat atau gabungan ubat-ubat. Doktor mungkin menggunakan kemoembolisasi atau infusi arteri hepatik. Atau doktor mungkin memberikan terapi  sistemik, yang bermaksud  bahawa ubat ini disuntik ke dalam suatu vena dan mengalir melalui saluran darah ke hampir seluruh bahagian tubuh. Doktor mungkin akan memanggil rawatan ini kemoterapi IV atau intravena. Selalunya kemoterapi diberikan sebagai rawatan pesakit luar yang diberi di hospital, klinik atau bilik-bilik doktor. Walau bagaimanapun, bergantung kepada jenis ubat yang diberikan dan keadaan kesihatannya,  pesakit mungkin perlu tinggal di hospital.
Ø  Terapi  sinaran (juga dipanggil radioterapi) menggunakan sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Terapi  sinaran ialah terapi  setempat, yang bermaksud bahawa ia hanya menjejaskan sel-sel kanser  di bahagian yang dirawat. Sebuah mesin yang besar di luar tubuh memancarkan sinaran ke arah bahagian tumor.
Kanser berulang
          Kanser berulang bermakna penyakit telah kembali selepas rawatan permulaan. Walaupun apabila suatu tumor di dalam hati kelihatan telah diambil keluar atau dibinasakan dengan sempurna, penyakit kadang-kala kembali kerana sel-sel kanser yang tidak dapat dikesan masih berada di dalam tubuh selepas rawatan. Kebanyakan kanser-kanser yang berulang terjadi dalam masa dua tahun pertama rawatan. Pesakit mungkin menjalani pembedahan atau gabungan beberapa rawatan bagi kanser hati yang berulang.
 KESAN-KESAN SAMPINGAN RAWATAN
          Oleh sebab rawatan kanser mungkin merosakkan sel-sel dan tisu-tisu yang sihat, kesan-kesan sampingan yang tidak diingini selalu dialami. Kesan-kesan sampingan terapi  kanser bergantung terutamanya kepada jenis dan tahap rawatan. Juga, kesan-kesan sampingan mungkin tidak sama bagi setiap orang, dan ianya mungkin berubah dari suatu rawatan ke rawatan yang lain. Para doktor dan jururawat dapat menerangkan kesan-kesan sampingan terapi , dan mereka juga boleh membantu pesakit menanganinya.
Pembedahan
Pembedahan mengambil masa untuk sembuh dan masa yang diambil oleh seseorang pesakit untuk pulih juga berbeza. Para pesakit biasanya berasa tidak selesa dalam masa beberapa hari pertama selepas rawatan. Walau bagaimanapun, ubat selalunya dapat mengawal kesakitan mereka.  Pesakit tidak seharusnya keberatan membincangkan cara-cara melegakan kesakitan  dengan doktor atau jururawat. Adalah lazim untuk berasa letih atau lemah buat sementara waktu. Juga, pesakit mungkin mengalami cirit-birit dan berasa perut penuh di dalam abdomen. Pasukan penjaga kesihatan akan mengawasi pesakit bagi tanda-tanda perdarahan, jangkitan, kegagalan hati, dan masalah lain yang memerlukan rawatan serta-merta.
Selepas suatu transplan hati, pesakit mungkin perlu tinggal di hospital selama beberapa hari. Semasa waktu ini, pasukan penjaga kesihatan akan mengesan tanda-tanda bagaimana tubuh pesakit menerima hati yang baru itu. Pesakit mengambil ubat untuk mencegah tubuh daripada menolak hati baru itu. Ubat-ubat ini mungkin menyebabkan muka nampak berbengkak, tekanan darah tinggi atau bertambahnya rambut di badan.

Kriosurgeri            
Oleh sebab potongan yang lebih kecil diperlukan bagi kriosurgeri, pemulihan selepas kriosurgeri secara amnya lebih cepat dan kurang menyakitkan berbanding pembedahan tradisional.  Juga, jangkitan dan perdarahan jarang sekali berlaku.
Suntikan etanol perkutaneus
Pesakit mungkin mengalami demam dan kesakitan selepas suntikan etanol perkutaneus. Doktor boleh mencadangkan ubat-ubat untuk melegakan masalah ini.
Kemoembolisasi dan infusi arteri hepatik
Kemoembolisasi dan infusi arteri hepatik menyebabkan kesan-kesan sampingan yang kurang daripada kemoterapi sistemik kerana ubat tidak mengalir melalui keseluruhan tubuh. Kemoembolisasi kadang-kala menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, demam dan kesakitan abdomen. Doktor boleh memberi ubat untuk melegakan masalah-masalah ini. Sesetengah pesakit berasa sangat lemah selama beberapa minggu selepas rawatan. Kesan-kesan sampingan infusi arteri hepatik mungkin termasuk jangkitan dan masalah-masalah alat pam. Kadang-kala alat ini harus diambil keluar.
Kemoterapi Sistemik
Kesan-kesan sampingan kemoterapi bergantung terutamanya ke atas ubat dan dos yang pesakit terima. Seperti juga dengan jenis-jenis rawatan yang lain, kesan-kesan sampingan adalah berbeza bagi setiap pesakit.
Kemoterapi sistemik menjejaskan sel-sel yang membahagi dengan cepat di seluruh tubuh, termasuk sel-sel darah. Sel-sel darah melawan jangkitan, membantu darah membeku, dan membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Apabila ubat antikanser merosakkan sel-sel darah, pesakit lebih mudah mendapat jangkitan, mudah lebam dan berdarah dan kurang bertenaga. Sel-sel di akar rambut dan sel-sel yang mengalas trek penghadaman juga membahagi dengan cepat. Akibatnya, pesakit mungkin keguguran rambut dan mengalami kesan-kesan sampingan lain seperti kurang selera, rasa loya dan muntah, atau sakit mulut. Selalunya kesan-kesan sampingan ini perlahan-lahan hilang di antara tempoh-tempoh rawatan atau selepas rawatan tamat. Pasukan penjaga kesihatan  akan mencadangkan cara-cara melegakan kesan-kesan sampingan.





Terapi  Sinaran
Kesan-kesan sampingan terapi  sinaran bergantung terutamanya ke atas dos rawatan dan bahagian tubuh yang dirawat. Pesakit berkemungkinan besar menjadi sangat letih terutamanya di dalam masa minggu-minggu terakhir rawatan. Rehat adalah mustahak, tetapi doktor selalunya menasihati pesakit supaya berusaha menjadi seaktif yang boleh.
Terapi  sinaran ke atas dada dan abdomen mungkin menyebabkan rasa loya, muntah, atau ketidakselesaan membuang air kecil. Ia juga mungkin menyebabkan pengurangan di dalam jumlah sel darah putih; sel yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan. Walaupun kesan-kesan sampingan terapi sinaran mungkin mencemaskan, doktor selalunya dapat mengawal kesan-kesan ini.
Jagaan berterusan
Jagaan berterusan bagi pesakit-pesakit kanser hati bergantung ke atas tahap penyakit mereka dan rawatan yang mereka telah terima. Pemeriksaan susulan adalah sangat penting selepas pembedahan untuk mengeluarkan kanser daripada hati. Ini adalah kerana kanser boleh kembali di dalam hati atau di dalam bahagian lain tubuh. Orang yang telah menjalani pembedahan kanser hati mungkin ingin membincangkan peluang berulangnya kanser dengan doktor.
Jagaan susulan mungkin termasuk ujian-ujian darah, x-ray, ultrabunyi, skan CT, angiogram atau ujian-ujian yang lain. Bagi seseorang yang telah menjalani transplan hati, doktor akan menguji sebaik mana fungsi hati yang baru itu. Doktor akan mengawasi dengan teliti untuk memastikan yang hati yang baru itu tidak ditolak. Pesakit ini mungkin ingin berbincang dengan doktor jenis dan jadual ujian-ujian susulan yang diperlukan. Bagi pesakit yang menghidapi penyakit yang telah lanjut, pasukan penjaga kesihatan akan berfokus dalam usaha mengekalkan pesakit di dalam keadaan yang paling selesa yang mungkin. Ubat-ubatan dan langkah-langkah lain boleh membantu penghadaman, mengurangkan sakit, dan melegakan gejala-gejala lain.








Mengawal Kesakitan

     Kesakitan merupakan masalah yang lazim bagi orang yang menghidapi kanser hati. Tumor boleh menyebabkan kesakitan dengan menekan saraf-saraf dan organ-organ lain. Juga, terapi -terapi  bagi kanser mungkin menimbulkan ketidakselesaan. Doktor pesakit atau seorang doktor yang pakar di dalam mengawal kesakitan boleh melega atau mengurangkan kesakitan dengan beberapa cara:
§  Ubat tahan sakit  -- Ubat-ubat selalunya boleh melegakan kesakitan. (Ubat-ubat ini boleh membuatkan seseorang mengantuk dan sembelit tetapi berehat dan mengambil laksatif dapat membantu)
§  Sinaran -- Sinaran-sinaran bertenaga tinggi boleh membantu melegakan sakit dengan mengecutkan tumor
§  Sekatan saraf -- Doktor mungkin menyuntik alkohol ke dalam kawasan di sekitar saraf-saraf tertentu di dalam abdomen untuk menyekat kesakitan itu.
Pasukan penjaga kesihatan mungkin mengesyorkan cara-cara lain melegakan atau mengurangkan kesakitan. Contohnya, berurut, akupunktur, urut mengguna tekanan boleh digunakan bersama-sama pendekatan lain. Juga, pesakit boleh belajar melegakan kesakitan melalui teknik-teknik bersantai seperti mendengar muzik yang perlahan atau bernafas dengan perlahan-lahan  dan selesa. Pusat Sumber dan Kesejahteraan menawarkan kelas-kelas bersantai dan tafakur. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi talian 03 2698 7300 atau e-mel contact@cancer.org.my
Khasiat Pemakanan
Pesakit kanser hati mungkin tidak lalu makan terutamanya jika  mereka tidak selesa atau letih.  Juga, kesan-kesan sampingan rawatan  boleh menyukarkan makan. Makanan mungkin berbau dan berasa berlainan. Walau bagaimanapun, pesakit harus cuba  memakan kalori dan protein yang mencukupi untuk mengawal berat  badan mengekalkan tenaga dan menggalakkan penyembuhan. Perancangan dan pemeriksaan yang teliti adalah penting. Kanser hati dan rawatannya mungkin menyukarkan pesakit untuk menghadamkan makanan dan mengekalkan berat badan mereka.
Para doktor, ahli diet penjaga kesihatan yang lain boleh menasihati para pesakit tentang cara-cara mendapatkan pemakanan yang sihat semasa rawatan. Pusat Sumber dan Kesejahteraan (Resource and Wellness Centre) mempunyai seorang ahli diet tetap. 

PEDIH ULU HATI


          Kebanyakan kita akan mengalami pedih hulu hati dari masa ke semasa. Di dapati sekurang-kurangnya 25% daripada wanita mengandung mengalami pedih hulu hati hampir setiap hari.
DEFINISI
          Pedih hulu hati selalunya dirujuk sebagai senak akibat kandungan asid yang mengalir balik dari perut ke bahagian bawah esofagus. Ia dinyatakan sebagai terasa sakit yang amat sangat di bahagian dada, di belakang tulang dada, menjalar ke atas ke bahagian leher dan tekak. Keadaan ini akan berlarutan selama antara 2-3 jam dan menjadi semakin teruk selepas makan. Gejala lain termasuklah terasa pahit dan masam akibat cecair yang naik ke tekak atau ke mulut. Berbaring atau membongkokkan badan juga boleh mencetuskan pedih hulu hati.
ADAKAH PEDIH HULU HATI SEBAGAI TANDA PENYAKIT JANTUNG
          Kadangkala pedih hulu hati disalahanggapkan sebagai serangan jantung. Walau bagaimanapun, perbezaan utama antara pedih hulu hati dengan serangan jantung ialah pedih hulu hati ini lazimnya tidak ada kaitannya dengan aktiviti fizikal. Manakala serangan jantung bermula dengan peningkatan aktiviti fizikal atau senaman dan akan beransur lega apabila berehat.  
PENYEBABNYA
          Rasa pedih atau sakit yang amat sangat itu adalah disebabkan oleh pengeluaran asid yang tertolak naik dari perut melalui injap yang lemah (sfinkter esophagus) ke atas. Apabila asid ini naik sampai ke tekak, pesakit akan terasa masam dan pahit di dalam mulutnya.
·         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PEDIH HULU HATI
·         Kegemukan/obesiti
·         Makan terlalu banyak
·         Muntah
·         Sendawa
·         Berbaring
·         Mengambil makanan yang melemahkan otot injap atau mengganggu esofagus seperti makanan berlemak dan berempah, meminum alkohol, kopi, coklat, minuman ringan bergas, buah-buahan sitrus dan jus atau produk tomato.
·         Mengandung
·         Proses penuaan biasa
·         Mengambil sesetengah ubat seperti Theophylline, oral bronchodilator, penyekat kalsium, diazepam, vitamin C dan aspirin.



PENJAGAAN SENDIRI
1.    Kurangkan berat badan (bagi mereka yang obes)
2.    Jangan makan terlalu banyak
3.    Makan sedikit dan elakkan dari mengambil snek di waktu lewat malam
4.    Hadkan atau elakkan makanan yang boleh menyebabkan pedih hulu hati seperti coklat, makanan berempah dan berlemak, kafein dan sebagainya.
5.    Jangan berbaring dalam tempoh 3 jam selepas makan
6.    Berhenti merokok
7.    Elakkan pengambilan alkohol
8.    Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat
9.    Angkat kepala katil setinggi 6 inci dengan meletakkan buku telefon/apa-apa blok yang tebal di bawah tilam atau meletakkannya di bawah kaki katil.
10. Memantau ubat-ubatan yang diambil
11. Berjumpalah doktor atau pegawai farmasi berhubung cara penggunaan ubat-ubat yang dibeli di kedai seperti antasid (untuk menawarkan asid dalam perut) atau penyekat asid seperti H2 receptor antagonist (mengurangkan pengeluaran asid dalam perut).

BERJUMPALAH DOKTOR SEKIRANYA...
    • Terasa sakit dan sesak nafas dalam satu masa atau gejala-gejala lain yang mirip kepada masalah jantung
    • Anda mengesyaki ubat yang diambil menyebabkan pedih hulu hati
Pedih hulu hati yang berlarutan lebih dari 2 minggu (sejak mulanya serangan) setelah mengambil ubat yang dibel

vitamin B

VITAMIN B

PENGENALAN

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
FUNGSI VITAMIN 
Ramai orang percaya bahawa memakan makanan yang seimbang dapat memberi semua vitamin dan mineral yang diperluakan untuk kesihatan yang baik.Seharusnya demikian.
Tetapi secara realiti, terdapat banyak sebab mengapa tambahan vitamin diperlukan dalam kehidupan di abad ke- 21 ini. Memakan vitamin merupakan satu cara yang selamat untuk mengoptimakan nutrien dari pemakanan kita, tetapi harus mematuhi arahan yang terdapat di label produk tersebut. Di sini terdapat beberapa sebab mengapa anda harus mengambil tambahan vitamin.....
                                                               





KEGILAAN BERDIET  
Mereka yang gemar berdiet dan meninggalkan beberapa kumpulan makanan boleh menghadapi kekurangan vitamin yang serius. Walaupun diet rendah lemak popular tetapi jika keterlaluan akan menyebabkan kekurangan vitamin A,D dan E. diet sayur-sayuran juga harus dirancang dengan berhati-hati supaya tidak terdapat kekurangan Vitamin B12 yang mana boleh mengakibatkan kekurangan darah.
KURANG DAYA PENGHADAMAN  
Walaupun pemakanan anda baik, kurang daya penghadaman boleh menghadkan pengambilan vitamin oleh tubuh. Penyebab utama penghadaman tidak berkesan adalah kurang menguyah makanan dan makan terlalu laju. Ini mengakibatkan saiz partikel makanan yang terlalu besar yang tidak membolehkan penghadaman enzim sepenuhnya. Pemakaian gigi palsu lebih terdedah kepada keadaan ini kerana mereka tidak dapat mengunyah dengan berkesan seperti mereka yang mempunyai gigi yang lengkap.
MASAK TERLALU LAMA  
Memasak dengan lama atau memanaskan daging, merebus sayuran boleh mengoksidakan dan memusnahkan vitamin tidak tahan haba seperti kumpulan B, C dan E. Sesetengah Vitamin B6 boleh musnah melalui iridiasi daripada gelombang mikro.
KOPI PANAS, TEH DAN REMPAH  
Tabiat meminum air yang terlalu panas atau memakan terlalu banyak bahan-bahan perengsa seperti kopi, teh atau jeruk dan rempah boleh mengakibatkan keradangan kepada lapik penghadaman. Ini menyebabkan penurunan dalam rembesan  cecair hadaman dan pengestrakan vitamin dan mineral daripada bahan makanan menjadi lemah.
ALKOHOL  
Terlalu banyak minum alkohol boleh merosakkan hati dan pankreas yang amat penting di dalam penghadaman dan metabolisme. Ia juga boleh merosakkan lapik saluran usus dan mejejaskan dengan teruk penyerapan nutrien. Keadaan ini boleh menyebabkan kekurangan zat makanan. Kerap meminum alkohol meningkatkan keperluan tubuh untuk vitamin kumpulan B terutamanya Tiamin, Niasin, Piridoksin, Asid Folik dan Vitamin B12, A dan C serta mineral seperti Zink, Magnesium dan Kalsium. Alkohol menjejaskan ketersediaan, penyerapan dan metabolisme nutrien.


MEROKOK  
Tembakau adalah perengsa kepada saluran usus dan meningkatkan metabolisme tubuh untuk keperluan Vitamin C, sebanyak lebih kurang 30mg untuk setiap sebatang rokok berbanding dengan keperluan mereka yang tidak merokok. Vitamin C yang terdapat di dalam makanan seperti betik, limau dan kapsikum akan teroksida dengan pantas sebaik sahaja ianya dipotong, dibuat jus, dimasak atau disimpan di bawah panas matahari atau hampir dengan haba. Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin C penting untuk fungsi imun.
 MAKANAN MUDAH 
Diet yang mengandungi karbohidrat bertapis seperti gula, tepung putih dan beras putih akan memerlukan sumber tambahan Vitamin kumpulan B untuk memproses karbohidrat ini. Diet yang tidak seimbang akan menyumbangkan kepada keadann seperti kerengsaan, keletihan dan gangguan tidur.
ANTIBIOTIK  
Sesetengah antibiotik walaupun penting untuk melawan jangkitan, juga membunuh bakteria dalam usus yang selalunya menghasilkan Vitamin kumpulan B untuk diserap melalui dinding usus. Kekurangan tersebut boleh menyebabkan berbagai jenis masalah saraf. Oleh itu disyorkan untuk mengambil tambahan Vitamin kumpulan B apabila terdapat penggunaan spektrum antibiotik yang berpanjangan.
KEMALANGAN DAN PENYAKIT 
Melecur boleh mengakibatkan kehilangan protein dan nutrien yang diperlukan seperti vitamin dan mineral. Pembedahan meningkatkan keperlaun Zink, Vitamin E dan lain-lain nutrien yang diperlukan untuk pembinaan se baru. Pembaikan tulang yang patah memerlukan bekalan Kalsium dan Vitamin C di samping bekalan diet lain yang lengkap sepenuhnya. Untuk mengelakkan jangkitan, perlu ada sumber pemakanan yang banyak daripada Zink, Magnesium, Vitamin B5 dan B6.
ALAHAN MAKANAN  
Mengetepikan kumpulan makanan yang lengkap daripada diet seperti kes dimana seseorang itu alah kepada glukosa atau laktosa, akan menyebabkan kehilangan nutrien yang penting seperti tiamina, riboflavin atau kalsium.
KEKURANGAN PENGAMBILAN MAKANAN  
Sesetengah orang makan sedikit walaupun tidak mempunyai matlamat untuk mengurangkan berat badan. Kajian di A.S. menunjukkan bahawa purata wanita mengekalkan berat badan mereka pada 7560 kilojoules sehari, dimana dietnya kemungkinan rendah di dalam tiamina, kalsium dan ferum.


TIDAK MENDAPAT CAHAYA MATAHARI YANG CUKUP  
Pesakit, pekerja yang mengikut syif dan sesiapa sahaja yang kurang terdedah kepada cahaya matahri boleh mengalami kekurangan Vitamin D, yang mana diperlukan untuk metabolisme kalsium. Kekurangan ini boleh menyebabkan penyakit riket dan osteoporosis  (tulang menjadi nipis).
ORANG YANG BERUMUR  
Golongan berumur didapati mengambil vitamin dan mineral yang rendah terutama ferum, kalsium dan zink. Kekuranagn asid folik dan Vitamin C selalunya ketara dan juga pengambilan serat yang rendah. Kekurangan Riboflavin (B12) dan Piridoksin (B6) juga berlaku.
REMAJA  
Perkembangan pantas di alam remaja terutama untuk gadis meningkatkan permintaan ke atas sumber nutrien untuk menampung perkembangan fizikal, biokimia dan emosi yang cepat di dalam kumpulan umur ini.
WANITA HAMIL  
Kehamilan mewujudkan permintaan yang tinggi untuk nutrien dalam memastikan perkembangan bayai yang sihat dan untuk memastikan keadaan selesa untuk ibu. Nutrien biasa yang perlu ditambah semasa kehamilan adalah kumpulan B terutama B1, B2, B3, B6, asid folik dan fosforus. Harus diambil perhatian bahawa dalah mustahak untuk mendapatkan penilaian pakar untuk mementukan keperluan nutrien semasa kehamilan.
AHLI SUKAN  
Ahli sukan banyak memerlukan makanan dan mengalami tekanan. Faktor ini mempengaruhi keperluan mereka untuk Vitamin kumpulan B, Vitamin C dan ferum. Ujian  yang dilakukan ke atas ahli sukan telah menunjukkan kekurangan dalam pelbagai jenis vitamin.
TEKANAN  
Tekanan fizikal, emosi dan kimia meningkatkan keperluan untuk Vitamin B2, B5, B6 dan C. Pencemaran udara meningkatkan keperluan untuk vitamin E.



Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.

Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.

sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.
Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

Makanan yang boleh menggantikan vitamin


Vitamin B terdapat lain antara dalam beras tumbuk,jagung,kacang hijau,dan beras merah. Kekurangan vitamin B dapat menyebabkan beri-beri.
Susah hendak dapatkan vitamin? Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Tidak percaya? Cuba anda pergi ke dapur. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda hendak tahu, lobak, kubis, tomato, buah limau, epal, dan banyak lagi merupakan sumber vitamin. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin.
Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
i) Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi.
ii) Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C.
iii) Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi.
iv) Nanas - vitamin A, B, dan C.
v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A.
vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1.
vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2.
viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D.
ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E.
x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.


Kegunaan vitamin

          Badan memerlukan vitamin dengan kuantiti yang secukupnya untuk pelbagai keperluan seperti tumbesaran, penghadaman, kepintasan minda serta kekuatan rintangan terhadap jangkitan penyakit.
Ianya membolehkan badan memproses karbohidrat, lemak dan protein untuk kegunaannya. Vitamin juga bertindak sebagai pemangkin dalam proses bio-kimia badan. Walaupun vitamin itu sendiri tidak dapat membekalkan tenaga kepada badan, tetapi ia terlibat secara langsung di dalam proses untuk menukarkan bahan-bahan makanan kepada tenaga di dalam badan.

          Badan manusia umumnya tidak boleh mengeluarkan vitamin, kebanyakan vitamin diperolehi daripada sumber makanan. Terdapat beberapa percanggahan pendapat yang ketara di antara ilmuan di dalam bidang ini. Sesetengah mereka berpendapat dengan mengamalkan sistem pemakanan yang seimbang, badan tidak lagi memerlukan kepada sumber vitamin yang diproses untuk mendapatkan vitamin. Menurut pandangan mereka, sumber terbaik untuk badan manusia ialah dari sumber yang asli sendiri. Bagi mereka pengambilan vitamin dari sumber yang tidak asli hanya menyebabkan berlakunya eksploitasi kepada sumber alam dan manipulasi kepada manusia sendiri oleh pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dari
ketakutan yang dicipta oleh pakar-pakar mereka.

          Pendapat ini ditolak oleh setengah lagi ilmuan dalam bidang nutrasi dengan mengatakan sumber asli bumi sejak dari beribu tahun yang lalu sehingga zaman moden sekarang telah hilang potensinya disebabkan pencemaran alam dan kitaran sumber yang tidak lagi syumul. Bagi mereka, masalah ini menjadi bertambah kronik dengan cara kehidupan moden yang serba tangkas dan cepat sehingga dalam aspek asas keharmonian badan, iaitu pemakanan untuk badan, sekalipun diabaikan. Bertambahnya inovasi teknologi perubatan dan ubatan sedikit sebanyak telah menyebabkan keperluan kepada sumber vitamin ini akan menjadi bertambah penting. Kajian-kajian mutakhir oleh pakar-pakar dalam bidang nutrasiutikal dan mikronutrien banyak menyokong pendapat bahawa kebanyakan individu telah hilang dasar pemakanan yang baik dan memerlukan vitamin tambahan untuk menolong badan pulih dari satu-satu abnormaliti atau kondisi yang memerlukan kepada pengambilan vitamin tambahan.


VITAMIN B1  ( Thiamine )   RDA 1.5 mg.

FUNGSI

Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk  pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan  protin. Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal. Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP – iaitu bahanapi untuk badan bekerja. Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

SUMBER

 Vitamin B1 boleh diperolehi daripada gandum atau hasil gandum, kacang pis,kacang, tepung yang diperkayakan ,ikan kacang tanah, dan daging adalah sumber-sumber yang kaya dengan   vitamin B1.

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit “metabolic disorder” dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

VITAMIN B2  ( Riboflavine )   RDA 1.7 mg.


FUNGSI

Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protin. Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6. 
Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2. 

SUMBER

Kandungan tinggi vitamin B2 boleh didapati dariapada makanan berikut: keju, putih telur, ikan, daging, susu, ternakan ayam & itik, bayam, biji-bijian, dan yogurt. Lain-lain sumber termasuk  asparagus, avocado, kobis bunga, rumpai laut, sayuran berdaun hijau, kulat, kacang dan selada air. 

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental.

VITAMIN B3  ( Niacin, , Niacinamide )   RDA 20 mg.


FUNGSI

Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat. Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak. Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sitesis hormon seks. . Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.

SUMBER

Niacin dan niacinamide didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma,  telur, fish, susu, kacang tanah, ubi kentang,  tomato, gandum, dan hasil gandum.  

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Pellegra,sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.


VITAMIN B5  ( Pantothenic Acid )   RDA 10 mg.


FUNGSI

Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress" ,  pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.  Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.  Ia juga terlibat dalam pengeluaran " neurotransmitters ". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakkan fungsi metabolisma.  Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia. Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).  
SUMBER

Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid : daging lembu beef, ragi yang ditapai, telor, sayuran segar, buah pinggang, hati, kulat, kacang, royal jelly, ikan air masin, torula ragi, tepung dibuat dari rair, dan gandum.

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Sakit kepala.
Loya , muntah.
Sakit abdomen
Lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan.
Kebas dan sesemut pada kaki.
Kejang otot.



VITAMIN B6  ( Pyridoxine )   RDA  2 mg.

FUNGSI

Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain. Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental. Ia adalah perlu untuk proses ungkaibina dan penggunaan protin, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.  Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium. Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi. Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA   dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular. Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi. 
SUMBER

Semua makanan mengandungi sebahagian vitamin B6; bagaimanapun , berikut adalah makanan yang mengandungi amaun yang tertinggi : ragi yang ditapai, lobak merah, ayam , telur, ikan, daging, kacang pis, bayam, biji bunga matahari dan walnuts. Sumber lain termasuk avocado, pisang, kacang, blackstrap molasses, kobis bunga, beras perang, dan bijirin, kobis, cantaloupe, jagung, ubi kentang, kulit beras, kacang soya, dan tempeh. 

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Kegelisahan.
Depressi ( rasa tertekan).
Penyakit kulit.
Bibir merekah , bengkak mulut dan lidah.
Anemia.
Sawan, pada bayi.



VITAMIN B12  ( Cyanocobalamin )   RDA  6 ug.

FUNGSI

Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini. Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.  Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan. Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman. Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah. Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.
SUMBER

Vitamin B12 is didapati secara semulajadi pada haiwan termasuk ikan , susu dan hasilnya , telur, daging , dan ayam/itik . Bijirin sarapan pagi yang diperkayakan adalah sumber yang sangat baik vitamin B12 dan merupakan juga sumber yang berharga bagi vegetarians . 

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Megaloblastic anaemia.
Sakit mulut dan lidah.
Kebas dan sesemut pada kaki dan tangan disebabkan oleh kerosakkan saraf tunjang.
Gangguan mental dan emosi..