- Merupakan simptom yang selalu terjadi dalam penyakit arteri koronari dan dalam beberapa kes serangan jantung. Ia merupakan sakit dada yang terjadi apabila otot jantung tidak mendapat darah yang mencukupi (sama seperti ketidakcukupan oksigen) yang diperlukan untuk bekerja (ischemia)
- Angina selalunya dikaitkan sebagai stable (predictable) atau unstable (less predictable) dan tanda kepada keadaan yang lebih serius.
- Angina sendiri bukanlah suatu penyakit. Banyak bukti yang menunjukkan, keadaan angina kurang dari 48 jam sebelum berlakunya serangan jantung mungkin melindungi, kemungkinan dari keadaan jantung untuk melawan kerosakan yang terjadi dari serangan.
- Pesakit sering menyatakan bahawa angina sebagai 'sakit' tetapi yang nyata ia dirasakan amat berlainan bagi oang yang berbeza. Jika anda menghidapi angina, rasa sakit anda mungkin dirasakan seperti yang terdapat dalam penerangan berikutnya atau kombinasi beberapa perkara di bawah
Angina merupakan jenis kesakitan pada dada yang disebabkan oleh pengaliran darah melalui saluran darah (coronal vessel) pada otot jantung (myocardium) yang tidak cukup.





0 comments:
Post a Comment