BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, 24 October 2011

Dengue fever

DEFINISI

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi iaitu Flavivirus.Virus ini disebarkan oleh nyamuk Aedes betina dan cara penyebarannya pula ialah melalui gigitan nyamuk aedes dari orang yang telah berpenyakit virus ini kepada orang yang sihat. Bagi penyakit ini, terdapat dua jenis demam denggi yang paling berat dan bahaya iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Bagi yang telah terjangkit oleh virus denggi ini,ia tidak akan menunujukkan tanda-tanda dalam sehari tetapi selepas 3 hingga 14.Dalam tempoh ini,virus denggi akan berada dalam badan manusia.Selepas tempoh itu, pesakit akan mengalami demam mengejut serta diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala yang lain.

TANDA DAN GEJALA

  •   Demam panas dengan mengejut serta diikuti dengan sakit kepala yang teruk
  •   Sakit dibelakang bebola mata
  •  Sakit sendi dan otot ( myalgias dan arthralgias )
  •  Sakit pinggang yang teruk sehingga menyebabkan ia digelarkan demam tulang pecah
  •  Gatal-gatal pada badan
  •  Timbul bintik-bintik merah pada badan
  •  Kemungkinan terdapat gastristis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit
  • Sakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak dan ini lebih pada kanak-kanak dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
BAGAIMANA DEMAM DENGGI BERJANGKIT

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi  

TABIAT NYAMUK AEDES

1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada kakinya
2. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang
3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung
4. Aedes juga membiak di dalam dan luar rumah seperti di pasu bunga, tempayan, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan dan bekas simpanan air.

PENCEGAHAN PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

TEMPAT NYAMUK AEDES MEMBIAK

Dalam Rumah

1. Perangkap semut
2. Pasu Bunga
3. Timba
4. Tempayan
5. Kolam (kolah) mandi

Luar Rumah

1. Tayar buruk
2. Tempurung kelapa
3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air
4. Salur air hujan
5. Tempayan
6. Pokok Pisang
7. Pokok Keladi
8. Longkang yang tersekat 

PENGUBATAN DEMAM DENGGI SECARA TRADISIONAL DAN ALTERNATIF

  • Tuan puan adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital jika disyaki mengidap demam denggi ini. Rawatan dibawah ini adalah sebagai rawatan susulan dan sampingan kepada ubat doktor.
  • Kaedah pertama: Ambil beberapa 2 helai daun betik dikisar dengan segelas air. Minum pagi dan petang.
  • Kaedah Kedua: Minum satu sudu besar minyak kelapa dara. Pagi dan malam.
  • Kaedah ketiga: Minum air isotonik seperti 100 plus atau Revive ketika menghidapi demam ini.


0 comments: